BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Pages

my bez frenz..

my bez frenz..
mizs u all a lot...

Monday, May 20, 2013

makanan KEGEMARAN aku..

aku ni sangat benci dengan nasi lemak...
aku tak tau kenapa...
tapi dari kecil sampai besar aku tak suka nasi lemak....
masa aku kecil aku tak suka sebab nasi lemak ada sambal...
so aku ni manusia yang tak tahan pedas...
so bila makan pedas mula la kepala gatal...hidung berair...mata berair...
so bila mak aku masak nasi lemak and sambal sotong (sotong yang besar warna coklat tu)
aku suka sangat sambal sotong tu...tapi malangnya...
aku benci bau nasi lemak....
inisiatif aku tak nak makan nasi lemak...
aku masak maggi....tak pun aku akan pastikan mak aku ada nasi putih...
kalau tak ada masak la sendiri....
masa aku dekat SAMURA...semua orang makan nasi lemak...hari2 makan nasi lemak...
sampai tahap satu dorm kenduri nasi lemak...except aku...
masa kenduri ni la aku akan lenyapkan diri dari dorm...
dormate aku ni memahami so diorang akan makan jauh2 dari katil aku...
aku tak tau la kenapa nasi lemak ni ada bau yang boleh buat aku pening kepala...
bila bau je mula la pening kepala...
pernah ada sekali tu aku kena makan ubat...
tiba-tiba sarapan pagi tu nasi lemak...punya la kecewa aku datang dewan makan...
nak tak nak aku makan je la...sebab stok makanan kat dorm dah habis...
lepas je makan tu aku balik dorm...
sampai je dorm aku dah rasa loya...apa lagi terus la lari masuk toilet...
sampai je toilet habis keluar segala isi perut aku...
terus satu hari tu aku lemau satu badan...campur pening...
sejak dari tu aku tak pernah cuba2 nak makan nasi lemak...
nasi dagang pun aku tak suka sebab dia sama kes dengan nasi lemak...
ada bau yang buat aku pening...
 
chocolate...
hahaha...hampir semua manusia suka chocolate kan...
tapi aku bukan dalam golongan tersebut....
seriously aku tak minat chocolate...tak kira la apa jua spesies chocolate tu
sebab dia chocolate ni manis sangat....aku tak suka...
nanti bila aku makan aku rasa ada benda melekat kat tekak aku...
buat aku rasa loya...even dah minum air masak dengan kadar yang banyak...
kadang2 ada juga rasa nak beli chocolate....
tapi bila beli aku perap chocolate tu sampai seminggu tak makan2...
sebab bila dah beli tak ada selera nak makan...
aku suka tengok bekas2 pembalut chocolate ni je...
kalau aku makan...mesti betahun baru habis chocolate tu...
chocolate yang aku still boleh terima chocolate yang ada biskut2 tu...
macam kit kat ke...Ferraro Roche ke...
tu pun setakat sikit je...lepas tu minum air...hahaha...
 kalau stress maybe la aku boleh telan...tu pun mesti ada air masak...
kalau tak aku rasa loya je tekak ni...
 
seafood...
yang ni memang makanan yang aku suka...  
malangnya aku kalah dengan makanan2 ni...
sedih betul...bila suka kalah...bila tak suka boleh pula telan...
sotong (yang warna putih ada purple2 tu)
aku tak boleh makan yang tu....sebab nanti aku akan cirit birit....
kupang dengan kerang pun macam tu...
ada sekali tu buat BBQ kat rumah aku...
sepupu aku bawa kupang baru naik dari laut...
aku pun dengan bahagianya makan sampai lupa diri...
sudahnya aku juga yang menanggung derita berulang alik ke toilet....
aku tak sanggup dah nak makan benda2 ni....
oyster or tiram...
aku tak boleh makan juga sebabnya bila aku makan aku akan mabuk...
hahaha...dulu aku makan la sebab nak rasa...
memang sedap...tapi lepas dari tu aku pening tahap gaban...
sampai tahap tak boleh nak bangun langsung...
sudahnya aku tidur satu hari suntuk...
ketam pun macam tu...tapi sebab aku suka aku bedal je...
setakat pening2 aku tak kisah sangat...
aku tak larat kalau cirit birit...
nasib baik aku tak ada allergic dengan udang kalau tak menangis la aku...
maybe sebab sku memang suka makan udang dengan kulit2 so aku tak allergic dah...
hahahaha...aku malas kopek kulit udang...
lagipun cikgu biology aku kata kulit udang tu bagus kalau kita makan...
tapi yang lembut la...yang keras jangan makan kalau tercekik kan bahaya...
ni la faktor2 aku tak makan benda2 ni...
bukan tak nak...tapi tekak aku dan sistem badan aku tak bekerjasama dengan makanan ni...
so terpaksa la aku mengalah dari menanggung rasa yang entah2 apa2 tu...hehehe...

happy birthday...

hari ni 20 may...
birthday adik aku yang no.3...
nama dia Yusra Maisara...
so officially hari ni umur dia dah 7 tahun...hahaha...
dah besar adik aku ni....
sebagai budak kecil dia ni alert betul dengan birthday dia...
aku ingat nak buat something...
tapi aku sendiri tak tu nak masak apa yang special...
ni tengah sibuk search resipi kat internet....
nak buat kek bahan tak cukup...
nak bagi hadiah...
aku tak cukup kaya...
so apa aku nak buat ye...huhuhuhu....
nanti fikir balik...

Sunday, May 19, 2013

speechless..

bila seorang lelaki ajak seorang perempuan jadi girlfriend...
tu dah jadi perkara biasa kan sekarang...
and orang pun ramai tak heran...
aku speechless bila ada lelaki ni dia tak pernah cakap apa2 sangat kat aku...
but suddenly bila dia tau aku nak further study lepas ni...
plus jauh dari Johor ni...
dia ajak aku jumpa dia...hahahaha...
and aku ni kan orang yang gabra tak tentu pasal kalau orang ajak jumpa...
so banyak la alasan aku...
aku tanya dia kalau tak jumpa tak boleh ke.?
dia cakap calon isteri mesti kena tengok dulu ma....
hahahaha...aku cakap jangan buat lawak la...
dia kata saya memang nak cari calon isteri lepas habis belajar...
and this time he was totally serious...hahaha...
aku tak tau nak cakap apa dah dekat dia...
speechless habis...
tak pernah aku jumpa orang macam ni...
dia tak pernah pun luah perasaan ke apa...
bila cakap pun dia main2 je...
tiba2 nak jadikan aku calon isteri...
apa yang aku boleh buat ialah tukar topic...
 dia lupa ke aku ni lebih muda dari dia....hahahaha...
impossible dia tak ingat...
dulu aku rasa tak percaya lelaki macam ni wujud...
but now the reality is in happen to me....
 
 

Saturday, May 18, 2013

keputusan UPU...

semalam officially keputusan UPU keluar...
alhamdulillah...aku dapat apa yang aku nak...
aku dapat asasi sains kat UiTM...
 
alhadulillah...ramai kawan2 sekolah aku dapat tempat sama...
dah macam boleh buat reunion sekolah pula...
owkey la tu buat aku yang tak berapa pandai nak berkawan...
tapi bila dah jadi kawan..hahaha...memang gila la dengan aku...
nasib la aku tak dapat asasi engineering kat UPNM tu...huhuhu...
aku memang tak ada jodoh dengan engineering...
tak kisah la kan...asalkan dapat sambung belajar...

hari ni aku happy sangat la..
malam before keluar result UPU ni...
aku mimpi someone ni...
hahaha...memang aku boleh kata rindu la kat dia...
and suddenly tadi masa keluar UPU dia text aku...
hahaha...memang tak terkata happynya...
siap mintak tolong aku check kan...
aku ingat sampai petang tu je dia text aku...
tak sangka malam ni pown dia text aku sampai 2 pagi...hahaha...
bila kita percaya pada apa Allah tetapkan...
Allah akan beri pada jalan yang terbaik...
tak perlu kita luahkan pada orang yang kita rindu or cinta tu tentang perasaan kita...
cukuplah kita mengadu pada Allah...
percayalah dia akan makbulkan hajat kita...

aku suka sangat quote ni...boleh guna untuk semua muslimah...
IF YOU TAKE ALLAH AS THE KING OF YOUR HEART..

Thursday, May 16, 2013

macam2 la manusia...

masa aku online FB aku ternampak satu status ni...
dia sibuk nak thank2 sangat dengan EX-girlfriend dia...
aku baca rasa macam geli pula...
apa pasal dia nk bagitahu the whole world yang dia ada ramai sangat EX..
huhuhuhu...entah la...kelakar aku rasa...
tak payah la post benda2 macam tu...geli la orang lain baca...
kalau nak cakap pergi je la text or face to face dengan EX dia...huhuhuhu...
hari ni hari guru adik aku pergi sekolah la pagi tadi...
lepas tu dia kata ada kawan aku kirim salam...
hahahaha...bila aku tanya siapa dia pun tak tahu siapa....
yang aku tak boleh blah ramai pula orang kenal adik aku ni...
padahal aku tak ada la pernah kenalkan sangat adik aku...
lepas tu lagi kelakar semua tu lelaki...
padahal aku dengan lelaki macam la banyak sangat cakap...
aku pun tak ada idea dah siapakah manusia2 yang kirim salam tu..
paling kelakar adik aku cakap ada budak ni kata macam ni...
"adik Fatin ekh.? kirim salam dekat dia ekh...rindu dekat Fatin.."
hahahahaha...lawak betul aku rasa siapalah manusia yang dah bertahun tak jumpa aku tu...
huuhuhuhhu...
tadi tengok cikgu2 post gambar hari guru rasa nak pergi je sekolah balik...
nak sambut hari guru wuhuuuuu.....

Wednesday, May 15, 2013

MORE THAN WORDS

Saying I love you,
Is not the words,
I want to hear from you,
It's not that I want you,
Not to say but if you only knew,
How easy,
it would be to show me how you feel,

More than words,
is all you have to do,
to make it real,
Then you wouldn't have to say,
that you love me,
Cause I'd already know,

What would you do,
if my heart was torn in two,

More than words to show you feel,
That your love for me is real,

What would you say,
if I took those words away,

Then you couldn't make things new,
Just by saying I love you,

It's more than words,
It's more than what you say,
It's the things you do,
oh yeah,
It's more than words,
It's more than what you say,
It's the things you do,
oh yeah,

Now that I've tried to,
talk to you and make you understand,
All you have to do,
is close your eyes,
And just reach out your hands,
and touch me,
Hold me close don't ever let me go,

More than words,
is all I ever needed you to show,
Then you wouldn't have to say,
that you love me,
Cause I'd already know,

What would you do,
if my heart was torn in two,

More than words to show you feel,
That your love for me is real,
What would you say,
if I took those words away,
Then you couldn't make things new,(no no)
Just by saying I love you.....
 
PS: speechless when someone just said it to me...
jangan la nak mengarut dengan aku...
 

it has been 2 years..but should be 4 years...

sebenarnya tajuk hari ni ada kaitan dengan post aku dekat facebook...
kalau orang yang tau mesti tak faham apa yang 2 tahun.?
kenapa pula tiba-tiba 4 tahun.?
bunyi dia macam pelik....tapi ada maksud mendalam status tu dengan tarikh hari ni...
as we know that today is 15th May...
and that's it today is the date i lost the most meaningful person in my life...
macam tak percaya diam tak diam dah dua tahun dia pergi....
and aku rasa tak percaya juga sebab aku mampu untuk terus kuat dalam hidup ni....
sebab masa mula-mula dulu aku ada rasa macam semua ni mimpi...
aku pernah berharap yang bila aku tidur malam tu semua benda ni tak pernah jadi...
kalau boleh masa tu aku nak je tidur tak bangun bertahun-tahun macam sleeping beauty tu..
supaya aku boleh lupakan semuanya yang dah jadi...hahaha..tapi impossible la kan...
nak tak nak life must go on..yang pergi tetap pergi...
kalau benda ni tak jadi maybe aku tak sekuat ni...dan tak sematang ni untuk buat keputusan dalam hidup ni...
sebab tu la semua yang berlaku ada hikmahnya...
experiences is the best teacher in life...
so dalam hidup ni memang kita kena sentiasa sabar dan tabah...
yang penting iman tu harus kuat....
agaknya kalau tak ada kawan-kawan yang banyak bagi aku semangat masa tu...
aku dah bunuh diri kut..hahaha....aku sayang gila kawan aku...
yang selalu ada tak kira masa ketawa atau menangis...
thanks to Izza Nadira yang sudi dengar aku call dia masa tu...
thanks to Siti Nurilyana yang selalu bagi aku semangat...
thanks to Aliyyah dan Nurellyana yang turut sama membantu aku...
thanks to all those friend who always besides me...
kenapa dengan 4 tahun tu pula kan...
11th May hari tu nenek aku dah genap dua tahun meninggal...
and 11th May tu juga patutnya dah 4 tahun bercinta dengan dia tu...
tapi tak ada jodoh...so boleh nyanyi lagu Fazli Zainal tu...
tidak kesampaian cinta kita...hahaha...harapan tajuk dia...
and tarikh tu la last day aku text dia yang paling lama before dia pergi selama-lamanya...
jujur cakap aku still rindu dia and sayang dia...
hahaha..tipulah kan kalau tak ada rasa...
seganas-ganas aku ni...aku still perempuan...still ada hati dan perasaan...
 cuma aku bukan la jenis nak tunjuk perasaan aku tu...
aku tau seorang je dah la...buat apa nak kecoh...
tak rock la macam tu...hahaha...ego je lebih...
hakikatnya tuhan je yang tahu persaan ni....
kita memang boleh tipu orang tapi bukan perasaan kita...
sebab tu la sampai sekarang susah sangat nak accept orang lain sebagai pengganti...
ada je yang tak kena...hahaha...
tak kisah la...aku yakin dengan takdir tuhan...
Insyaallah...one day aku akan dapat sesuatu yang lebih baik dari tu...
cuma tunggu masa yang tepat dan insan yang tepat...
i'm just wondering...who is the person.? hurmmm...
 

Thursday, May 2, 2013

hairan...

dulu kan masa aku sekolah....aku ada minat seorang senior aku ni...
aku just tau nama dia je...
suddenly dia add aku dekat facebook...
lepas tu dia selalu IM aku dekat FB....
aku rasa pelik gila...
dia kata dia tak pernah nampak aku pun masa kat sekolah...
padahal aku selalu je nampak dia...hahaha...
aku ingat dia sombong dulu...rupanya tak pun...
bila jadi macam ni rasa macam dream come true pula...
hahahaha...
tapi aku tak suka pun kat dia...
just minat je...suka tengok...
and aku rasa nama dia kelakar...that's all..hahaha...
aku bosan sebenarnya ni...
mood nak merepek sangat tinggi...

petua...

sometimes macam tak percaya kan dengan petua orang dulu-dulu ni...
but now aku percaya sikit la...hahaha...
kisahnya macam ni...
semalam masa makan ada lauk ketam and ikan...
adik aku ni nak makan ikan...sebab ikan tu sedap-sedap...
suddenly dia tercekik tulang ikan...
puas la ayah aku bagi dia nasi yang dah di kepal-kepalkan untuk dia telan...
tapi tak juga hilang tulang ikan tu...
adik aku ni dah menangis sebab sakit kan tercekik tulang....
lepas bagi nasi tu agaknya tak boleh nak telan lagi...
dia pun muntah...aku juga yang kena lapkan...
aku pun nak muntah masa lap tu...huhuhu...
lepas tu mak aku suruh aku bagi air dekat adik aku...
aku dah pelik...apa pasal pula aku nak kena bagi air...
lepas tu mak aku suruh aku celup tangan dalam air tu and selawat 3 kali...
aku pun buat la macam mak aku suruh...
lepas tu bagi kat adik aku tu minum...
lepas je dia minum air tu...terus hilang tulang tu...
dah semua orang dalam rumah ni panggil aku ni bomoh pula...hahaha...
sebenarnya aku bukan bomoh pun...tak ada ilmu pun...
cuma mak aku cakap aku ni lahir songsang masa kecil dulu...
agaknya keluar2 tak sabar nak lari...tu sibuk nak keluar kaki dulu...
orang lain keluar nak tengok dunia..aku keluar nak berlari...hahaha..
so kesimpulannya orang yang lahir songsang ni ada kelebihan untuk ubatkan orang yang tercekik tulang...
aku ingat kebetulan je...tapi jiran aku cerita...
dulu dia tercekik tulang dua hari tak baik2...
lepas tu ada budak yang lahir songsang ni bagi dia air....
terus je hilang tulang tu...
nampaknya ada juga petua yang masih berkesan..kita je orang muda ni tak tahu...
moral of the story...
kita kena ambil tau sikit2 petua orang dulu ni....

geram!!!

hal ini berlaku sewaktu tarikh keputusan matrik keluar....
aku text dengan seorang manusia ini dengan rasa excitednya...
aku tanya la dia dapat matrik ke tak...dia kata dia tak dapat...
lepas tu aku reply sikit punya panjang dia balas owh..pergi tak...
aku still sabar lagi...
aku reply panjang2 lagi dia balas owh...yeke...lagi...
aku balas lagi pada kadar yang panjang hanya owh..npe...jawapan dia...
balas la lagi panjang..dia balas owh,,entah la...
aku balas panjang lagi dia balas...owh...macam tu...
akhirnya aku feed up dan ignore je mesej dia tu...
sakit betul hati...bila kita taip panjang2..
campur dengan rasa excited nak mesej...
out of sudden macam tu dia reply...
seriously dia dah buat aku rasa tawar hati gila....
aku rasa macam memperbodohkan diri sendiri all this time...
aku beriya rasa bersalah sebab pernah sakitkan hati dia...
all this while aku try untuk jaga hati dia sebab aku rasa bersalah....
dia tau ke semua tu....
aku bagi dia hadiah thanks pun tak cakap...(maybe aku tak dengar)
and seriously sekarang aku tak berselera nak makan benda yang dia bagi aku hari tu...
dah la aku bukan peminat setia makanan tu...
bila dia buat macam tu buat aku bertambah tak selera nak makan...
sorry to say aku rasa itulah kali terakhir aku akan text dia...
lepas ni kalau dia text aku pun aku dah tak akan reply panjang2...

*pesanan untuk diri sendiri jangan sakitkan hati sendiri...lebih baik jauhkan diri dari sakit hati...*
kalau la kita boleh buat orang faham tujuan kita buat sesuatu benda tu...
tapi malangnya tak semua manusia boleh faham....

Wednesday, May 1, 2013

Piramid Melayu Tersembunyi Di Lautan Jepun - MacJay.Net

Piramid Melayu Tersembunyi Di Lautan Jepun - MacJay.Net


this article sangat membuka minda...
di saat kita merasakan orang melayu berfikiran kolot...
tapi kita tak pernah tahu bangsa melayu sangat hebat satu ketika dulu...
aku harap one day aku sebagai anak melayu boleh menyumbangkan sesuatu kepada bangsa melayu...
jangan la kita terlalu ikut budaya orang laing sampai terlupa budaya dan peradaban kita sendiri...
let's open our mind and think about it...

matrik....

matrik dah keluar 25 April hari tu...
birthday Izza Nadira time tu...
hahaha...kesian dia aku tak mampu nak wish panjang2...
terlalu penat jadi askar beberapa hari..hahaha..poyo lebih...
so aku dapat masuk Kolej Matrikulasi Johor..(KMJ)
ramai juga kawan aku kat SAMURA dapat situ...
so kalau aku pergi pun ada la kawan...
tapi aku tak puas hati betul..
sikit2 dapat dekat Johor...aku ni memang orang Johor sejati agaknya...
buat penat je aku mohon jauh2...last2 Johor juga...
kat dahi aku ni dah ada cap mohor negeri Johor agaknya...
nanti entah2 kerja pun dekat Johor..
kahwin pun dengan orang Johor...anak pinak semua Johor...
tak mencabar betul...aku nak juga pergi negeri lain...
Johor dan aku memang tak dapat dipisahkan lagi la..
apalah nasib...
walaupun dah dapat matrik aku still nak tunggu UPU...
harap2 aku dapat la asasi...
Insyaallah...amin...

layak sebagai pegawai bank...hahaha...

interview UPNM...seriously unpredictable....
nak tau kenapa...mai dengar cerita chek...
first day lapor diri...
aku pergi kem terendak, Melaka dengan ayah aku naik kereta....
pukul 5 pagi dah gerak sebab lapor diri 8.30...
aku sampai lambat sikit...masa tu salah jalan...
terserempak dengan seorang budak lelaki yang turut sama salah jalan...
seriously la budak tu handsome....no ID dia H171...tak tau nama budak tu...
(hahahaha...gatal pula)
lepas dah sampai tu terus bawa barang naik bas UPNM....
sampai dalam bas aku duduk sebelah Aina...kawan first aku masa sampai sana...
lepas tu berbual la dengan dia...aku ni kalau dah cakap memang susah berhenti...
lepas tu kita orang di hantar pergi dewan perwira...
kena berbaris with baju kurung....and kasut tumit...
lepas tu dia bagi form and NO.ID...
No. ID aku H358....
dah dapat kena isi form...lepas tu masuk dalam dewan perwira tu...
aku duduk sebelah Aina and Fasiha....
kebetulan Fasiha ni budak Intergomb sama sekolah dengan saudara aku Arshad...
so banyak berbual la kita orang...
dah tu kena pergi dewan jasmani...ukur tinggi...berat..BMI...rabun...and ishihara test...
dah pass semua tu baru masuk balik dewan perwira..
lepas tu pergi makan dekat dining hall...
yang penting kena naik trak 3 ton sambil berbaju kurung dan berkasut tumit...bergaya gila kan...
balik makan pun macam tu...
lepas tu dalam 2.15 dia umumkan siapa yang layak ke perigkat seterusnya...
aku ingat aku tak layak sebab dia tak sebut ID aku.. 
rupanya yang dia sebut tu yang tak layak...
masa tu la baru aku perasan schoolmate aku Adhwa and Azwein..
dah tu yang layak kena angkut beg yang "sikit dan ringan" tu naik bas...
masa naik bas tu aku kenal dengan Filzah budak SBPI Selandar...
sebab masa tu Fasihah tersingkir and Aina dia tersalah kira tinggi...padahal sikit punya tinggi budak tu...
masa nak turun pergi tempat penginapan aku tertumpahkan air dalam bas...hahaha...
malu la juga....aku tercengang air jatuh...budak lelaki pun hanya mampu melihat...
last2 diorg tolong la amik kan botol air aku tu...hahaha...lawak..
sorry la to anyone yang kena air aku yang tumpah tu...aku tak cam muka...
dah tu turun dekat tempat penginapan lelaki...dengan beg2 tu....
ingat kan kita orang duduk kat situ rupanya tempat lain...buat penat je bawa turun beg...
dah siap lelaki dapat tempat penginapan..baru la perempuan pula...
aku ingat ramai la sebilik tu..rupanya dua orang je..Filzah dengan Aina dah sebilik...bilik 2
so aku duduk la bilik sebelah bilik 1....aku tau roomate aku tu nama dia ada Nabila..budak Terengganu...
seriously bosan sebilik dengan dia...sebab bila aku cakap dia main phone...
apa pun tak dengar..sakit hati aku cakap dengan dia...
tapi bab nak pinjam barang aku la dia cari...kawan dia yang bilik lain pun pinjam barang aku...payah betul...
so aku selalu la lepak bilik Aina dengan Filzah...sampai la ke malam2 buta...hahaha...
lambat pun selalu sama2...bila awal...awal sangat...
lepas dah dapat bilik kena naik bas balik nak pergi dewan perwira....
sampai dewan ada taklimat sikit aku still ingat ayat tuan tu...
"sesiapa yang tak layak jadi pegawai kadet tu sesuai jadi pegawai bank je.."
hahahaha...inilah aku...tapi dari aku jadi pegawai bank baik jadi gabenor bank...
lepas tu ada makan malam kat dining hall...
malam tu kitorang kena isi beberapa form untuk medical check up next day....
for the first time ever lelaki lebih ramai dari perempuan...lelaki dekat 300 orang...
perempuan tak sampai seratus...and sebab lelaki kita orang kena balik lambat...
dah dekat pukul 12 baru balik...balik tukar baju tidur la...
second day...
lepas tu esoknye pukul 7 dah kena berbaris...
pergi check gigi pagi tu dekat PGAT...lepas tu pergi urine test and blood test...
dah lepas makan tengah hari ada medical check up lagi...
ni memang kenangan sampai mati tak boleh lupa...
aku speechless gila lepas medical check up...nasib baik kena naked dengan doktor perempuan...tapi kalau lelaki memang kena dengan doktor perempuan pun ada...
kitaorang tanya budak sabah sarawak ada yang kena naked depan doktor lelaki...
malam tu ada test pengetahuan am 25 minit and IQ test 1 jam...
soalan dia tak senang and tak susah..yang penting kena banyak tau pasal pengetahuan am la...kena ada banyak pengetahuan pasal ATM juga...
IQ test pun rajin2 la search dekat internet...sebab ada certain tu aku pernah jawap...
dah habis dalam pukul 11 lebih tu balik la tidur...
third day...
kitorang bangun awal sebab nak pergi sarapan...
mihun dengan telur je...seriously aku cakap makanan kat kem tu tak pernah sedap...
kitorang senyum2 je setiap kali makan..hahaha...sebab "terlalu sedap"..hahahaha...
lepas tu masa berbaris tiba2 tak cukup 2 orang....
sementara cari diorang kitaorang kena denda...sedih betul...
masa tu rasa nak marah je budak yang lambat tu...
tapi lepas dia pun kena denda..and diorang pengsan...jadi kesian pula....
pagi tu ada fitness...penat gila kut...
mula2 dia suruh lari naik bukit dalam kiraan 20..yang pass 5 orang je..
yang tak pass aku la tu...kena bumping 10 kali...pastu lari lagi jarak yang sama dalam kiraan 10...
tak pass kena terbang 10 kali...lari lagi dalam kiraan 20....
ada time tu suara aku tak keluar jurulatih jasmani tu letak muka depan muka aku...
hambik kau...terkejut gila aku....terjerit2 la time tu...
dah tu tak pass kena sit up 10 kali..lari lagi dalam kiraan 20...
aku dah tak larat dah...tiba2 kaki aku dah goyang2 aku pun terjatuh..hahaha...malu pula nak cerita..
kaki aku cramp...nak angkat pun tak boleh...kesian koperal yang kena angkat aku tu..
 lepas tu ada la jurulatih lelaki ni asyik berbual dengan aku...takut aku pengsan...
dia tanya nama la..duduk mana la..suruh angkat tangan la...entah apa je la dia suruh aku buat...
serious aku tak boleh lupa muka dia sebab dia la yang jerit kat muka aku...hahaha...
lepas tu ada medical check up lagi...
kena masuk bilik ramai2..lepas tu dalam tu kena angkat seluar paras peha..malu gila..
dah la doktor lelaki..kat rumah seluar pendek pun tak pakai...tiba2 kena angkat seluar paras peha...
duduk situ berapa hari je dah macam2 aurat dia tengok...malu2...
lepas tu dah siap makan and balik bilik sebab hari tu hari jumaat...
dapat la tidur lama sikit....pukul 4 dah kena pergi dewan perwira....
lepas tu dapat la beli air dekat PERNAMA....murah gila jual...
air mineral 500ml 50sen je...yang  botol besar RM1...air hundred plus RM1.70...
lepas tu petang tu ada ujian perancangan strategi....tak ada la susah sangat just kena baca betul2 la...
yang ni je subjektif yang lain test objektif...so kalau objektif dah tak tau hentam je la...apa susah buat penat je nak fikir benda kita tak tau ni....
malam tu pergi dewan perwira lagi..tapi  malam tu ada nyanyi la...
seriously budak2 ni tak ada batas langsung...
aku yang tengok je dah naik malu dah....
lepas dah habis tu kitorang balik bilik la...tak jadi buat penyingkiran...
hari ke empat...
pagi tu katanya ada public speaking...dah nervous dah...
so kitaorang pakai baju kurung pergi dewan perwira...
bila dah sampai dewan tu tiba-tiba dia cakap penyingkiran pagi tu...
so tunggu la No.ID di panggil....tak sabar kitorang bertiga nak tersingkir...
tapi malangnya aku je yang tersingkir...Aina and Filzah "terselamat"...
lepas tu call la ayah aku cakap dah tersingkir....
ayah pun kata dia memang nak pergi Melaka...so naik ayah la...
lepas tu berbaris ikut negeri...budak Johor perempuan 2 orang je...
aku dengan ada budak KISAS tu...
sempat juga budak lelaki berbual dengan aku...aku ni dah la susah nak bercakap dengan lelaki...tapi cakap je la kan..nanti orang cakap sombong pula...
ada time di asingkan dari budak2 yang naik bas.....
ada budak lelaki panggil aku...tapi sebab aku tak pandang budak lelaki tu....
aku buat2 tak dengar je..hahaha....aku punya tahap segan ni dah la tahap gaban...
bila ada budak perempuan berbual dengan aku budak lelaki tu pandang aku sengih2...
aku dah segan gila terus pergi tempat lain...hahaha...
lepas tu dah siap segala urusan terus balik...
sebab ayah aku dah sampai and nak pergi melawat pak cik aku kat hospital melaka...
sedih la juga tak dapat jumpa Aina and Filzah...
diorang pun sedih juga balik2 bilik tengok katil aku dah kosong...
tapi aku rasa ayah aku kecewa sikit sebab aku tak dapat...
dia nak sangat aku ambil engineering..tapi aku tak minat ke arah tu...
maybe sebab tu dia macam disappointed sikit..
anyway that's all pengalaman aku...
kalau aku teruskan esoknya aku kena lari 3.2 Km dalam masa 20 minit...
aku dah la tak terror lari kalau long distance...
short distance boleh la aku sapu bersih...
long distance aku angkat bendera putih...hahahaha...
penat betul taip entri kali ni....

 

Muhammad Bahthiar....

Muhammad Bahthiar....
in memory..5 july 1991- 15 mei 2011..AL - FATIHAH..