BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Pages

my bez frenz..

my bez frenz..
mizs u all a lot...

Wednesday, February 27, 2013

unexpectable...

wow! hari ni jantung aku telah bekerja lebih masa....
lajunya dia macam baru lepas lari 100m kat padang....
aku tak tau ape kena dengan Mr.H ni...
lately perangai dia memang pelik...
dulu dia cakap dia nak kawan je dengan aku....
and i admit it aku hampir suka dengan dia sebab he reminds me about Bahthiar...
tapi aku sedar aku tak patut fikir sejauh tu...
and aku pun buang perasaan tu..aku start tak text dia and tak call dia lagi...
aku takut aku je perasaan sorang2...
and finally aku berjaya buang perasaan tu...
dia pernah cakap kalau aku dah habis sekolah boleh la dia tackle aku...
tapi masa tu dia kata dia main2 je... 
suddenly just now he said to me that he likes me...
lepas tu dia terus diam je...
apa lah dia ni dah cakap tiba2 hilang camtu je...baik tak payah cakap..
aku tak nak la tak senang nak tidur malam ni...
tolong lah jangan main2 perkara macam ni...
aku just nak kawan dengan dia je...not more than that....

 

Tuesday, February 26, 2013

dream again..

hurmmm,,aku rasa musykil sikit...
lately aku selalu mimpi pasal arwah Bahthiar...i wonder why....
mimpi ni kadang2 buat aku tertanya-tanya...is it true that he has passed away.?
sebab mimpi dah dua kali aku mimpi the same things....
yang first tu dia text aku...and aku dalam mimpi tu totally terkejut....
second time aku mimpi dia hospitalize sebab accident maybe...
masa tu aku datang hospital sebab sepupu aku masuk hospital...
at the same time i saw his name...
so aku pun melawat la dalam mimpi tu...
dia cakap la sakit dia masa tu....
masa tu dia tanya aku macam ni..
"awak dah okey sekarang.?"
aku jawap la...
"alhamdulillah okey.."
dia senyum je..lepas tu kitorang diam je...
one part tu aku nak tanya dia kenapa kata dia meninggal dulu...
pastu dia terus pura2 tidur sebab tak nak jawap soalan aku...
aku pun tarik nafas and cakap...
"tak apa la kalau macam tu"
aku selimutkan dia and terus pergi dari situ....
pastu entah apa2 mengarut sambungan mimpi tu...
aku ada satu harapan terakhir...one day aku nak ziarah kubur dia...
supaya hati aku akan lebih tenang...Insyaallah...

Monday, February 25, 2013

the right person

Mohamad Shahrul Syazwan

ni gambar aku rembat je..hehehe...
this guys dah buat life aku jadi huru hara sejak kebelakangan ni...
dia sekarang kat PLKN dekat Rembau...cemburu betul bila dia cerita pasal PLKN...
macam best je dia duduk sana...
nak tau kenapa huru hara.?
kita orang satu sekolah sejak darjah 4 dekat SK Taman Universiti 4...
and since that dia ni dah suka aku...dulu aku jual mahal..ceh!
bukan macam tu la...aku tak tau pun dia suka aku...
tapi the whole class asyik cakap macam tu...so aku jadi tak rapat dengan dia..
masa form 2 baru la aku ada bercakap dengan dia tu pun sebab aku bertugas dengan dia...
pengawas la katakan masa tu...dia ketua aku...aku penolong dia...
nak tak nak i need 2 talk 2 him...
mula2 ego tak nak cakap..tapi last2 kena cakap dengan dia juga..
sepanjang aku kenal dia...dia ni baik sebenarnya...
cuma aku ni yang ego sangat...ada je nak cari benda yang tak kena pasal dia...jahat kan aku...
aku ingat lagi masa aku sakit masuk hospital...2 bulan tak datang sekolah masa form 2...
Izza best friend aku cakap...dia moody je...tak nak cakap dengan orang...
bila aku dah datang sekolah balik baru la dia 2 senyum....
masa form 3 pula aku rasa tak sihat pagi tu..tak nak pergi sekolah...
tapi mama suruh juga...aku pergi la...pagi tu ad perhimpunan..
as pengawas aku kena berdiri...sebab aku dah tak larat sangat aku cangkung..
lepas tu Mr. Segar (cikgu pengawas) dia tanya aku kenapa...
aku cakap la aku pening kepala...
masa tu dia suruh Shahrul amik kunci bilik rawatan...
ada la a few PBSM papah aku...demam je tapi diorang buat macam aku ni patah kaki pula...
masa nak pergi bilik rawatan...aku nampak muka dia cuak gila...
tengah hari tu aku balik ayah ambil bawa pergi klinik...
malam 2 juga la...dia terus text aku..tanya aku ok ke tak..
caring kan dia ni..
masa form 3 kitorang rapat la...ramai juga gossip kan kitorg..budak junior pun ada....
maklumlah aku bertugas satu group dengan dia...
dia kan ketua aku...so lepas ronda2 kena la jumpa dia ni...
dia ni suka kacau aku tak kira masa..lagi time extra class dengan cikgu hazwani...
ada je barang aku dia sorok kan...beg sekolah pun dia nak sorok kan...
kawan2 pun suka la gossip kan kitorang...
masa dah masuk asrama form 4 dia still ingat birthday aku..
dia wish birthday aku....happy juga aku rasa masa tu...
pastu masa form 5 time SPM rajin juga kitorang texting...
lepas habis SPM kitorang ada pergi tengok movie cerita hobbit...
masa tu aku rasa semacam gila la...tak pernah rapat macam tu dengan dia ni...
tau tak aku tak boleh nak tengok dia...sebab aku kalah dengan pandangan mata dia tu...
rasa semacam je la....dari dulu sampai sekarang cara dia pandang aku lain sangat...
malam before dia pergi PLKN dia admit dia suka aku dari dulu lagi...
maksudnya 8 tahun la dia simpan perasaan dia tu...
masa tu couple jap... tapi aku risau kalau aku patahkan hati dia...
so aku minta jadi kawan baik dia je...
and tau tak sekarang aku mengaku la...
aku dah mula jatuh hati kat dia...aku rasa tak best je bila dia tak text..
rasa resah tak tentu pasal...teruk betul...
aku yakin dia yang terbaik...tapi aku nak jadi yang terbaik untuk dia...
he is the best answer 4 me...
Insyaallah..bila sampai masanya..i will tell him...(n_n)
#note: my teacher (Pn. Siti Naterah said..cintakan orang yang cintakan kita...sebab orang tu akan lebih appreciate kita...

pengalaman itu menyedarkan

mimpi memang la orang cakap mainan tidur...kadang2 mimpi juga petanda something kan...
entahlah...aku pun tak tau aku bukan pentafsir mimpi...
but lately since aku form 4 aku selalu dapat mimpi yang pelik2...
first aku mimpi arwah atuk aku meninggal..at first aku tak kisah sangat...
but a few weeks later my cousin passed away...
after that i feel so relieved when it doesn't happen...
lepas 2 minggu aku masuk SAMURA...atuk aku meninggal...
petang tu aku dah dapat agak bila aku call mama dia cakap atuk kat hospital dia muntah darah..
aku harap sangat mimpi tu tak betul...tak berhenti aku doa supaya everything is fine..
and malam tu pak cik aku datang jemput aku cakap atuk aku dah meninggal..
aku senyum je masa tu..macam tak ada ape jadi sebab aku dah boleh agak...
masa on the way nak pergi rumah arwah atuk aku menangis....
and one thing yang buat aku terharu..
before die meninggal dia bagi seringgit kat adik aku cakap nanti bagi kakak...
aku still simpan duit tu..the last money that he gave me...
sebelum tu aku macam tak hargai..last2 aku rasa menyesal..
malam tu balik rumah and aku mimpi aku tak balik asrama sebab nenek aku meninggal...
aku bangun rasa terkejut..nak cakap kat mama dengan ayah tapi tak sanggup...
beberapa bulan kemudian nenek aku masuk hospital...masa tu aku tengah exam setengah tahun..
since that bila aku nampak cikgu azman (PK HEM kat SAMURA masa tu...) aku jadi kecut perut...
ada satu petang tu aku call mama she said that nenek aku dah lain macam je...
aku pun cakap kat mama aku ada mimpi nenek aku meninggal...
malam tu masa tengah prep...aku tengah study sejarah dengan ELL...
actually aku tak boleh study sebab aku rasa tak sedap hati sangat...
tiba2 cikgu tarmizi datang dia tanya Fatin Nabila ada.?
aku keluar before that aku pandang ELL...aku rasa macam nak nangis...
cikgu soal aku kampung kat mana la apa la...lepas tu dia cakap Cikgu Azman nak jumpa awak...
sepanjang jalan dari kelas nak pergi Bilik Gerakan Warden a.k.a BGWARD aku rasa nak nangis sangat..
lepas jumpa cikgu dia cakap nenek aku meninggal...aku nak balik ke tak..of course la nak kan..
cikgu call kan ayah...lepas tu sepanjang jalan nak balik kelas aku nangis...
bila sampai kelas semua budak perempuan yang tahu peluk aku...
masa tu bukan nangis sebab sedih nenek aku meninggal...aku terharu ada kawan yang caring macam tu..
tu la namanya asrama..kat situ kita tau erti persahabatan yang sebenar...
malam tu blackout masa aku tunggu ayah...nampaknya dia pun tau aku sedih...
ayah aku datang dekat pukul 12.30 rasanya dengan abang sepupu aku...
pastu sampai2 mak aku suruh baca yassin untuk nenek aku...
tuhan je la tau betapa penatnya rasa haritu...
past tu aku text dengan arwah boyfriend aku..
dia cakap macam ni 'kalau nanti awak mimpi saya meninggal..awak bagitahu saya tau'
aku rasa macam biasa time tu...pas tu esoknya aku marah skit kat dia...
masa malam before aku balik asrama aku mimpi someone yang aku sayang meninggal...
tapi aku tak tau siapa...lepas sampai asrama aku call dia...tapi tak dapat..
masa aku nak pergi sarapan esoknya aku try call dia...
ada orang angkat...aku dengar bunyi ambulances...aku dah rasa tak sedap hati...
pastu aku cakap la tanya kenapa tak angkat semalam...tiba2 orang tu cakap yang dia tu abang dia...
abang dia cakap macam ni "Fatin...Bahthiar dah tak ada.."
aku cakap la tipu la..jangan la main2..pastu dia bagi kat mak dia...
mak dia pun cakap benda yang sama...aku tak boleh cakap apa...aku menangis...
abang dia kata doktor kata dia sakit jantung...kejut2 je dia dah tak bangun...
aku rasa macam a part of my life has gone....
aku rasa terkilan tak sempat bagitahu dia mimpi aku...and tak sempat minta maaf kat dia....
 sedih sangat...2 minggu aku nangis and senyap je....cikgu pun perasan...
kesian ELL time tu bila dia cakap aku tak pernah bagi respond yang baik..
walaupun hanya 2 minggu aku macam mayat hidup...tak bermakna semudah tu aku bangkit...
it takes a long of time....semua tu tak mudah...tapi setiap perkara yang terjadi ada hikmah kan...
aku redha....ajal maut jodoh pertemuan semuanya Allah tentukan...
aku bersyukur sebab aku masih diberi kesempatan untuk hidup...
mudah-mudahan aku mampu menjadi lebih bersedia untuk menghadapi kematian yang entah bila....
Insyaallah...
 
 


Friday, February 22, 2013

SPM result...

diam tak diam just tinggal a few more days before result keluar...
seram pula rasa...dah berapa kali aku mimpi aku fail SPM...
ohhh...tidak...jangan lah macam tu...
tapi rasa tak sabar pun ada nak amik result tu...
rasa takut pun ada...macam2 feeling la ada...
the most important things dapat pergi SAMURA....
rindu gila dekat kawan2 aku tu...
inilah nasib duduk sekolah berasrama penuh....
ada kawan semuanya jauh2..huhuhuuhuhu...
harap2 aku dapat 9A+....
dan semua batch 29 dapat tunaikan hajat pengetua supaya kita orang jadi...
PENEBUS MARUAH...
 

Thursday, February 21, 2013

twins...

M.I.B.I and mibi

he is my twin when i was in SAMURA...
actually tak ada kena mengena pun...
just sebab nama dia Muhammad Izzuddin Bin Ishak and registered aku Mibi...
kebetulan sama dorm SARJANA 3... 
aku aspuri dia aspura...
paling tak boleh blah..kedudukan katil pun sama...
last year baru dapat discover birthday mak kita orang pun sama tarikh...
which is 6 August...hahahahaha...
so ramai la panggil kita orang ni kembar...hahahahahaha...
kira best friend aku juga la...
kadang-kadang ada problem kita orang selalu share...
aku selalu jadi orang tengah between dia and ALMY best friend aku...
tapi sometimes boleh kata all the times juga la...
both of us macam anjing and kucing...
tapi kita orang kamcing walaupun suka gaduh...
pernah one day tu syok2 bergaduh dekat loker class...
tiba2 cikgu add math aku or known as paparadzi nampak...
tak pasal2 aku kena bahan hari tu..malu gila rasa....
anyway all those moment memang aku tak boleh lupa...
sekarang dia ni tengah buat umrah...
harap2 nanti selamat pulang la kan...
hope dia tak lupa doakan batch kita orang masa kat mekah 2...
mudah-mudahan satu batch dapat result yang gempak..
Insyaallah...Amiin.... 

happy..

dah lama aku tak bercakap dengan dia ni..
out of sudden dia post comment dekat FB tadi...
aku rasa teruja gila...last aku cakap dengan dia masa SPM..
lepas 2 kita orang tak ada contact langsung...
entah la aku tak tau apa aku punya feeling..yang pasti aku happy...
but i'm absolutely sure yang aku ni suka dia sebab dia macam someone thats all...
tak kisah la..asalkan still berkawan...
once a friend forever a friend...

Wednesday, February 20, 2013

miss him

today i admit it..
i'm starting to miss him...
what should i do...i'm starting to fall in love with him...
i don't know what makes the feelings came...
but deeply inside my heart it's hurt when i'm thinking about him...
i'm afraid 4 loosing him...
this feeling was getting stronger day by day...
he was the best answer 4 me...
i wish you will never change...
MSSNA ILY...

kerja

dah dekat 2 bulan aku duduk rumah...hurmmm...
aku nak kerja tapi tak dapat...muka aku ni tak layak untuk kerja agaknya...
bukan apa...aku duduk rumah tak ada buat apa2...
aku nak kerja nak tolong mama & ayah..
sometimes aku rasa kesian dekat dia orang...tau je la sekarang taraf hidup tinggi...
adik2 aku dah sekolah..banyak benda nak bayar..
each time keluar rumah...kita kena keluarkan duit...
aku jarang keluar rumah sebab tak nak susahkan parents aku...
harap2 aku dapat kerja la lepas ni...
aku nak simpan duit supaya boleh beli laptop sendiri before aku dapat tawaran belajar...
phone pun aku still guna yang ada torchlight tu..
aku tak kisah pun as long i could make a call and text people...
aku ada mp3 sndri...camera pun ada..internet pun ada..
so aku tak perlukan phone yang canggih2..
memang la macam out to date..tapi 2 tak bermaksud aku reti guna...
mak ayah aku pakai phone mahal2...
 at last aku juga yang dia orang suh tolong betulkan...
so aku tak kisah pun sebab aku ada pengetahuan cuma tak tunjuk je...
but who cares those things bukan boleh bawa masuk kubur......
aku pakai phone ikut kemampuan aku la...
bila ada duit sikit nanti boleh la aku beli baru..betul tak?
phone aku murah tak pernah rosak...phone mahal ni sikit2 rosak...
i'm not the type that show off with my own belongings....
mudah-mudahan dapat kerja la.... amiin...

 

confuse

aku tak tau la kenapa...and sometimes aku tak faham dengan perasaan sendiri.. aku memang tak nak ada apa2 dengan dia..but day by day...
i could feel something starting to bloom in my heart....
bila dia tak ada aku rindu..bila dia ada aku macam geram dengan dia...
dia tu bila text aku susah gila nak cakap...
aku faham dia pemalu...but please says something...
impossible la kan one day aku  yang nak pinang dia...  
or should i get back to him again?
no..no..no....be patience Fatin wait til the right times come...
 if he was really mine no matter how far both of us...
we will still be together when the right times come....insyaallah...amiin...
aku percaya dengan ketentuan Allah....
aku akan jadi yang terbaik to be with him...
perempuan yang baik untuk lelaki yang baik kan?
so i want to prepare myself...
awak tunggu kita tau...

Sunday, January 20, 2013

i'm sorry

aku tak ada niat nak luka kan hati kau...
aku tak nak ulang kesilapan aku....
aku tau aku tak patut buat kau macam tu tapi aku terpaksa...
ini bukan perkara yang boleh ku buat main2...
tapi ini hukum Allah..
cukup baik ke kita untuk langgar hukum-Nya...
aku belum cukup baik untuk kau...bagi aku masa untuk berubah...
biarlah aku upgrade diri aku dulu...
macam mana aku nak cintakan kau...
kalau dengan pencipta aku pun belum cukup rasa cinta tu...
aku tak nak kau dapat dosa sebab aku...
aku tak nak hidup dengan perasaan bersalah yang selalu menghantui aku...
biarlah aku lukakan kau sekarang...aku tak nak lukakan kau nanti...
percayalah...kalau ada jodoh tak akan ke mana pun....
biar masa yang tentukan...maybe you deserve someone better than me...


Wednesday, January 9, 2013

tak faham....

happy new year..
5 JANUARY 2013...
 
did i do the right thing.?
aku tau apa dia rasa...
tapi boleh ke aku balas ape yang dia rasa..
8 tahun bukan something yang sekejap masanya...
lama gila tu...
hope i will not disappoint you..hope so..


Wednesday, December 26, 2012

helicopter..


this was our fourth last day in SAMURA..
mse nie ad klas chemistry kt dewan makan aka DM...
mmg kcoh gler sbb tbe2 nmpak helicopter nie rendah je terbang...
and x sgke plak yg die mendarat dkat padang skola ktorg...
mle2 satu je...tbe2 mse ktorg dh kluo dri DM 2 ad lagi stu helicopter tron...
excited sume org ngok...
aq pown teruja jgak sbb first time kowt ngok dua biji helicopter mendarat dpan mte...mmg btol2 bez la...
mlm 2 ad perasmian MUAR as BANDAR DIRAJA...
yg paling seronok malam 2 kitorg dpat tengok bunge api drpd asrama...
mmg kcoh la ble aspuri sume kluo...
sume tros lupe yg esok 2 SPM paper CHEMISTRY 1,2,3..hahahaha...
tapi bunge api die cantik sgt...
seumur idop nie blom pnah nmpk bnge api cntik mcm 2...
tbe2 mse 2 aq pown berangan la...
 klo la ad laky yg sgop wt pertnjukan bnge api 2 utok aq ble die malamar aq...
hahahaha...mmg x bley  bla kn...
berangan je pown bkn kne byor pown kn...
tp x sgke mcm2 memory ktorg dpt skola dkat SAMURA 2 taon...
now aq bersyukur sbb dpat skola dkat SM SAINS MUAR...
terima kasih Ya Allah sebab beri aku peluang tu....

ps: x ad pown gmbo aq...ni sume kwn2 pnye...cday2 ='(
 


Tuesday, December 25, 2012

MALAM RASA SAYANG (MRS)

masa MRS semua dok melaram...sempat la amik gmbo rmai2...
SARGEANT 3 awesome...





 masa MRS ni semua dok melaram..
maklum la sebelum ni pkai baju kurung dengan tudung 3 pin...x boleh nk pkai shawl ke...ape ke...
kasut pown kne bertutup...x boleh high heels...
maklum la nanti naqibah marah...
tapi all those thing byk ajar aq N ubah aq...
I appreciate all those knowledge...
sbb 2 la sume malam 2 dok melaram...
tapi aq pkai simple2 je la...
x kose aq nk melaram....nk make up bgai...
maklum la aq bukan jnis cam tu... 
lau nk melaram utk suami je la kan...

MIBI and MAAN

hahahaha....ni gambo kontroversi ckit....
x rmai tau aq amik gmbo nie mse malam tu....
bkn snang nk bergambo dgn KETUA NAQIB SAMURA 2012...
tp x ade ape pown kitorg classmate N best friend jgak la...
lupe nk cakap MIBI 2 nme panggilan aq kt skola...
mmg org x knal lau sebot nme btol...
ada ke ptot kwn2 aq kte nme btol aq x sesuai dgn aq...
ske aty diorg je...

dh mama dgn ayah aq letak FATIN NABILA ske2 diorg je kte x sesuai...
ingat mse aq baby dlu aq dh pndy ckp agaknyer nk pilih nme sndri...
ntah ape2 je la diorg  nie...
nme kwn aq nie MOHAMAD AMIRUL AIMAN aka MAAN...
 ape khabar la die skank...dh lme x contax..huhuhuhu...

BEDMATE tersayang MIORA
ni bedmate aq mse dkat SAMURA....
nme die bukan la MIORA tapi org pgil die cm tu...
nme die NURFATIN FARHANI...
2 tahun la ktorg tdow same2...
skank dkat uma tdow sorg2 je...x best dh...
lau x tiap2 malam sblom tdow borak2...
tp die slLu tdow awal...
x pown die tdow dorm sebelah tapi.....
she was the BEST BEDMATE...
 MIBI and MIHA
ni adik katil aq...
die nie baik la jgak...
satu skola lau nmpk die kte die comel....
aq nie mne la comel kn...hahaha...
ble tau die adik katil aq...
sume dok ckp "x mcm MIBI la...MIBI gnas"
aq tau la aq ni gnas ckit...
tp agak2 la lau nk smekn aq dgn die...
die adik ktil je pown...
bkn adik aq btol2...mcmne nk smenyer....
lastly aq hrap persahabatn nie kekal smpai ble2...

FRIEND TILL JANNAH...


SPM is done!!!

 
.....5 ARIFISABILILLAH.....
missing you guys

dah lama tak update blog nie...
actually malas...tapi sebab aku just tanam anggur kat rumah...
lagi baik update blog nie...

SPM dah pun habis...susah la jugak..
harap2 dapat la score 9A+..insyaallah...amin...
hope semua classmate and schoolmate pun dapat  score...
so that of us can be the PENEBUS MARUAH..
insyaallah amin...

macam2 dah sekolah bagi..cikgu2 bagi....
apa yang dapat kita semua balas balik dengan dapat result yang gempak...

SAMURA is the best...

Monday, January 10, 2011

fist week in science stream....

epynyer dh ciap omwork...smgat gler nk bljo...
azam aq taon nie dh x nk men2 ag...
spm is more important...
so i must realy2 focus in class..
aq epy gler arynie bljo...
mcm bez je sume cgu yg mgajar 2...
syg la plak nk tgalkn SMKTU 2 nie....

Sunday, January 9, 2011

spupu aq mningal...

aq t'kjowt gler ble dapat tau cousin aq Muhammad Azizul Adha coz xcdent..
pde hal die mude lagi...bru fom 5... 
N bnde nie wt aq sdow yg ble2 mse je kte bley mty...
x kre la kte mude ke tue...cday gler aq ngok m.cik N p.cik aq...

mcm x sgop je nk hdapi sume 2...
semoga roh die d cucuri rahmat N d tmptkn d klangan org2 yg beriman...
amin...
AL-FATIHAH...

Muhammad Bahthiar....

Muhammad Bahthiar....
in memory..5 july 1991- 15 mei 2011..AL - FATIHAH..