BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Pages

my bez frenz..

my bez frenz..
mizs u all a lot...

Saturday, August 31, 2013

kejadian nabi Adam a.s.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
masa aku tengah cari maklumat untuk presentation aku...terjumpalah artikel ni...so I just want to share it with you guys...it was quite interesting...maybe ramai yang dah tau...aku pun dah tau masa kecil2 dulu...tapi dah lupa sikit macam mana cerita dia...atas bantuan pak cik google kami bertemu kembali..hahaha...macam jejak kasih pula...selamat membaca...
Alhamdulillah syukur kepada Allah yang telah memberikan kita sehari lagi untuk bernafas di bumiNya ini. Syukur kepada Allah bagi sesiapa yang Allah kejutkan dia pada pagi tadi dan dapat bersama-sama mengerjakan solat Subuh berjemaah dan bersujud tilawah bersama Imam dan makmum-makmum yang lain. Bukan senang oi nak bangun jam 5.00 pagi. Mandi dan pergi surau atau masjid. Kalau solat dekat rumah bukan sujud Tilawah yang dia buat tapi sujud tak payah.
Kadang-kadang kita terfikir juga bagaimana Allah jadikan manusia ini bermacam-macam. Warna kulit ada yang putih, sawo matang, gelap, kelabu dan kemerah-merahanan. Ada tinggi dan ada yang rendah. Perangai pulak macam-macam. Ada yang suka senyum, suka marah-marah, bengis, hasad serta dengki dan macam-macam lagi.
Kita lihat semula bagaimana Allah dengan khudrat dan iradatNya mencipta Nabi Adam Alaihissalam iaitu dari genggaman pelbagai jenis tanah dari seluruh pelusuk 7 lapis bumi. Campuran pelbagai jenis dan warna tanah. Ada tanah merah, hitam, perang dan coklat. Tanah liat yang lembut, yang keras dan yang kasar.
Sifat-sifat tanah ini lah yang mengadun sifat-sifat manusia itu dari segi warna kulit dan perangai manusia-manusia itu. Akhlak yang baik itu lah Mukmin dan yang jahat itu lah Kafirun.
various human Di sebalik Kejadian Nabi Adam
sumber:orangkatasayacantiklah.blogspot.com
Allah berfirman pada BUMI, “Wahai bumi aku nak ambil sedikit dari kamu untuk Aku cipta manusia untuk memerintah bumi ini”
Mula-mula Allah menyuruh malaikat Jibril. Tetapi gagal bila mendengar rayuan dari Bumi. Jibril rasa kesian lalu tidak jadi ambil.
Kemudian Allah menyuruh malaikat Mikail. Kali ini juga gagal.
Last sekali Allah menyuruh malaikat Izrail. Malaikat ini agak garang dan bengis sedikit. Memang langsung tiada kesian-kesian. Bumi merayu juga lalu kata malaikat Izrail, “Sorry lah Bumi, aku TAKUT dan PATUH kepada perintah Allah lalu diambilnya tanah-tanah dari segenap pelusuk 7 lapis bumi dan bawa naik berjumpa dengan Allah.
Allah menyuruh malaikat Izrail menguli tanah-tanah itu (macam Mamak duk uli roti canai tu lah) dengan pelbagai jenis air. Ada masin, tawar, pahit dan kelat.
Kemudian Allah campurkan seketul tanah liat Nabi Muhammad dan diuli bersama-sama dengan tanah Nabi Adam tadi.
Dibuatlah saperti bentuk manusia – iaitu Nabi Adam dalam bentuk baring. Panjangnya kira-kira 60 hasta. Lebih kurang 70 kaki lah tu. Terletak di depan pintu syurga selama 40 tahun dan dibiarkan kering.
Para malaikat melihat bentuk tubuh Adam. Kesemuanya suka belaka.
Iblis dan geng-gengnya juga melihat bentuk tubuh Adam. Mereka berasa hairan. Mereka menepuk-nepuk lalu berlubang kecil jadinya. Mereka masuk ke dalam bentuk tubuh Nabi Adam itu.
Hujan telah turun selama 1 tahun ke atas bentuk tubuh yang kering itu iaitu Hujan Sukacita.
Setahun lagi hujan turun. Ini adalah Hujan Dukacita.
Kemudian Allah perintahkan ROH untuk masuk ke dalam jasad Nabi Adam. Roh tidak mahu. Allah paksa juga. Akhirnya masuklah ROH melalui UBUN-UBUN KEPALA sampai hingga ke dua-dua mata. Kemudian terus meresap ke hidung lalu TERBERSIN. Bila meresap sampai ke lidah terus mengucap:
ALHAMDULILLAHIRROBBIL ‘ALAMIN…
Roh terus meresap ke bawah sampai ke lutut. Ia cuba untuk bangun tetapi gagal. Terus lagi sampai ke betis dan 2 kaki. Nabi Adam terus bangun berdiri. Allah tambahkan lagi kuku-kuku pada semua jari-jari Nabi Adam untuk menambah kecantikkannya lagi.
Ada 9 “pintu” rongga pada jasad Nabi Adam itu, iaitu 7 “PINTU” DI KEPALA dan 2 “pintu” di bahagian bawah badan.
Di kepala: 2 telinga, 2 mata, 2 hidung dan 1 mulut.
Di bawah: qubul dan dubur
Hiduplah Nabi Adam dalam syurga.
Kesimpulannya:Allah cipta Nabi Adam kerana hendak melahirkan Nabi Muhammad S.A.W. sebagai Nabi Akhir Zaman.
- See more at: http://www.muhamadyusri.com/agama/di-sebalik-kejadian-nabi-adam/#sthash.7DWpkaWo.dpuf

0 comments:

Muhammad Bahthiar....

Muhammad Bahthiar....
in memory..5 july 1991- 15 mei 2011..AL - FATIHAH..